Wednesday, 14 December 2011

Ibu, anak perempuan maut dalam kemalangan

Ibu, anak perempuan maut dalam kemalangan | IPOH - Seorang ibu muda dan anak perempuannya yang berusia setahun, maut selepas kereta yang dipandu suaminya terbabit dalam satu kemalangan jalan raya dekat sini.

Kejadian berlaku di KM 91, Jalan Ipoh-Butterworth dekat Bagan Serai pada pukul 5.30 petang semalam.

Mangsa dikenali sebagai Nor Idawati Md. Isa, 26 dan anaknya, Nur Efa Eliana Mohamad Faizal manakala suaminya, Mohamad Faizal Abdullah, 28, hanya mengalami cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Taiping.

Ketua Polis Trafik Negeri, Supritendan Wan Abdullah Ishak berkata, mangsa meninggal dunia kerana mengalami cedera parah di kepala.

“Dalam kejadian tersebut, kereta yang dinaiki mangsa terbabas lalu merempuh tembok konkrit di tepi jalan.

“Mangsa yang dikejarkan ke Hospital Taiping, bagaimanapun meninggal dunia selepas sejam menerima rawatan,” katanya. - Bernama

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 3.0 Unported License. kalau dah baca tu, ringan-ringankanlah tangan anda untuk like page ADAM ok..
kongsikan artikel ini pada facebook dan twitter Make Your Own Gifts Here

0 Comments

Post a Comment