KUALA LUMPUR: Kecemerlangan Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, 32, yang  mencipta nama hingga ke peringkat antarabangsa menarik minat stesen  penyiaran antarabangsa, History Channel menyiarkan dokumentari kisah  kejayaannya. 
Siti artis tempatan ketiga yang biografi dirinya dirakamkan  selepas Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Allahyarham Datuk Sudirman  Arshad.
Pemilihan kisah hidup Siti untuk dokumentari itu dibuat berdasarkan pencapaiannya yang hebat di peringkat antarabangsa dan mengharumkan nama negara di mata dunia sepanjang 16 tahun aktif sebagai anak seni.
Sejak terbabit dalam industri hiburan tanah air pada 1996, hingga  kini Siti meraih lebih 200 anugerah berprestij di dalam dan luar negara  yang mengiktiraf bakat seninya.     Ketika ditemui pada majlis ramah  mesra bersama Siti sempena pembikinan biografi khasnya itu di The  Courtyard Garden, Bukit Damansara, di sini, semalam, penghibur wanita  nombor satu negara itu memaklumkan betapa dia terharu dan sangat  berbesar hati.
“Ini satu penghargaan besar dan sangat bermakna. Selalunya biografi khas yang dirakam dalam bentuk dokumentari untuk mengingati pencapaian tokoh kenamaan mahu pun individu banyak berjasa dan sudah meninggal dunia.
“Tetapi, saya lebih awal mendapat peluang ini untuk kisah perjalanan seni dilalui sepanjang 16 tahun dikongsikan bersama peminat dan penonton. Pelbagai kisah diri saya dipaparkan dalam program dokumentari ini.
sumber : harian metro
Tweet  This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 3.0 Unported License. kalau dah baca tu, ringan-ringankanlah tangan anda untuk like page ADAM ok..

mesti bestkn .. tapi syg rumah tak astro kalau tyg pn .. huhu
ReplyDeletesiti nurhaliza mmg best... minat dgn dia x kisah walau die di gosip kn..
ReplyDeleteSiti Nurhaliza memang terbaik.. harus dipuji dan dihargai :)
ReplyDelete