MUAR 13 Dis. - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Naning Datuk Abdullah Md. Ali hari ini mengumumkan beliau tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.
Ahli politik veteran berusia 68 tahun menjadi wakil rakyat pertama di Johor yang menyahut seruan pucuk pimpinan UMNO untuk memberi laluan kepada calon-calon muda.
"Saya bersedia melepaskan kerusi DUN ini kerana ia adalah kerusi yang selamat bagi BN dan yakin ia boleh dimenangi oleh pengganti saya pada pilihan raya umum nanti,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
Abdullah, yang menjadi wakil rakyat Barisan Nasional (BN) sejak pilihan raya umum 2004, berharap calon yang dikemukakan nanti bukan sahaja boleh menang di kawasan mudah tetapi boleh menang di kawasan lain juga.
Pada pilihan raya umum 2004, Abdullah mengalahkan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kusni Simoh dengan majoriti 6,334 undi.
Beliau mengekalkan kerusi DUN tersebut dengan mengalahkan calon PKR, Elias Shamsir dengan majoriti 2,895 undi pada pilihan raya umum 2008.
Karier politik Abdullah bermula apabila beliau mengalahkan Datuk Dr. Haris Salleh bagi jawatan Ketua UMNO bahagian Bakri pada pemilihan bahagian pada tahun 2004 dengan majoriti 22 undi.
Beliau gagal mempertahankan jawatan ketua bahagian itu apabila kalah kepada Datuk Saipolbahri Shuib semasa pemilihan UMNO bahagian pada 2008 dengan majoriti 113 undi.
"Saya gembira sepanjang berkhidmat selama dua penggal sebagai wakil rakyat, sekurang-kurangnya saya telah berjaya meningkatkan kemudahan asas termasuk masjid dan surau serta jalan-jalan kampung ke tahap lebih baik,” katanya.
Beliau berharap, penggantinya kelak akan dapat meneruskan tanggungjawab bagi memberi keselesaan hidup rakyat di kawasan tersebut. - Bernama
Tweet
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 3.0 Unported License. kalau dah baca tu, ringan-ringankanlah tangan anda untuk like page ADAM ok..
Tuesday, 13 December 2011
Abdullah Md. Ali umum tidak bertanding pada PRU-13
Share this
Related Articles :
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Labels
Agama
Android
Artikel
Barclays Premier League
Berita
Berita Dunia
Blogger Preview
buat duit online
Contest
Dalam negara
dekstop background
English
FA cup
Fakta
Featured
FIFA 2014
Gallery
Gambar
Hacking
Hiburan
Info
info 18sx
Italian league
Jawatan Kosong
jenayah
Karya Seni
Keputusan
kesihatan
Komuniti
Lain-lain
Lirik dan Chord
Live stream
Luar Biasa
MH370
Movie
Pendidikan
Penyakit
Perumahan
petua
Politik
Public Diary
Saman
Santai
Software
Sosial
Spanish League
sukan
sukan luar negara
tempatan
Tips
Tutorial
UEFA Europa League
video
wallpaper
Wayang
Popular This Week
- bakal melansungkan perkahwinan : diganggu peminat apek
- Gambar Sticker Dinding Islamik Yang Menarik
- [Artikel] Facebook Jeles dengan Google+?
- 16 Gambar Iklan Lama Produk Berat Badan
- Aset RM1 juta hangus | pasaraya pekan kerayong hangus dijilat api
- Potong tangan untuk tuntut insurans
- [Artikel] iklan haram ; aku tak halal
- PLKN perkenal latihan fizikal baru tahun depan
- Disclaimer
- Dapat BE dari.....
0 Comments
Post a Comment