Mereka yang terdiri daripada 57 lelaki dewasa, 65 perempuan dewasa dan 44 kanak-kanak lelaki serta 30 kanak-kanak perempuan itu kini ditempatkan di Balai Raya Pengkalan Atap yang letaknya kira-kira 500 meter dari kawasan terlibat sejak pukul 9 malam tadi.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, Dr. A Rahman Mokhtar berkata, kesemua mangsa kini selamat dan telah dibantu oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta dibekalkan selimut dan makanan.
Katanya, air pasang mula berlaku kira-kira jam 8 malam lagi dengan diikuti ombak setinggi antara tiga hingga empat meter menyebabkan kesemua rumah penduduk yang terletak kira-kira 400 meter dari pinggir laut itu mula dimasuki air.
"Keadaan bertambah cemas apabila benteng tanah yang dibina bagi mengelakkan ombak berhampiran perumahan di situ roboh di dua tempat menyebabkan air laut masuk,” katanya yang turut melawat tempat kejadian malam tadi dan pagi ini. - Bernama
Tweet
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 3.0 Unported License. kalau dah baca tu, ringan-ringankanlah tangan anda untuk like page ADAM ok..
sekarang musim tengkujuh...bahaya bagi mereka yang tinggal berhampirang dengan pantai...
ReplyDeletesemoga mangsa tersebut dilindungi oleh-Nya
emp..
ReplyDeleteharap sume slmt...