Wednesday, 30 November 2011

Banjir: Terengganu pulih, di Kelantan hanya empat pusat pemindahan masih dibuka

Gambar hiasan
 KUALA LUMPUR: Keadaan banjir yang melanda Pantai Timur kini semakin pulih dengan negeri Kelantan sahaja masih terjejas tetapi beransur baik dengan hanya empat sahaja pusat pemindahan banjir yang masih dibuka di Pasir Mas dan Tumpat.



Negeri Terengganu yang turut dilanda banjir bagaimanapun sudah pulih sepenuhnya dengan kesemua pusat pemindahan banjir di negeri itu sudah ditutup.

Di KELANTAN, jalan yang sebelum ini ditutup kepada kenderaan ringan dan berat akibat ditenggelami air sebelum ini telah pun dibuka semula hari ini kepada semua kenderaan.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Negeri berkata jumlah mangsa pemindahan banjir juga semakin menurun kepada 497 orang membabitkan 126 buah keluarga.




"Keadaan banjir semakin baik apabila beberapa pusat pemindahan di daerah Pasir Mas telah ditutup menjadikan hanya empat buah pusat pemindahan sahaja yang masih beroperasi iaitu tiga di Pasir Mas dan sebuah pusat di Tumpat," katanya.



Beliau berkata paras Sungai Golok di Rantau Panjang petang ini juga terus menunjukkan penurunan kepada 9.78 meter, masih melebihi paras bahaya sembilan meter.

Banjir yang melanda Kelantan sehingga kini telah meragut empat nyawa dengan tiga lagi masih dilaporkan hilang, dikhuatiri lemas.

Empat mangsa yang ditemui mati lemas itu adalah lelaki termasuk seorang kanak-kanak berusia dua tahun manakala tiga lagi yang masih hilang adalah remaja berusia antara 15 dan 20 tahun.

Mereka yang masih hilang dikenali sebagai Mohd Alif Rizuan, 15, yang mandi di sebuah sungai di Machang, Mohd Azman Yusuf, 17, yang hilang di Sungai Golok dan Mohd Farid Mohd Yusof, 20, yang hilang di Pantai Kuala Pak Amat. - BERNAMA



Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 3.0 Unported License. kalau dah baca tu, ringan-ringankanlah tangan anda untuk like page ADAM ok..
Make Your Own Gifts Here

1 Comments: