Sunday, 5 December 2010

Mari Menari




Mari Menari adalah satu program tarian berbentuk realiti yang menampilkan peserta-peserta di dalam situasi luar biasa! Di sini, situasi tersebut merujuk kepada cabaran untuk menari di dalam satu pertandingan menari di hadapan penonton. Peserta-peserta ini akan dibantu oleh beberapa orang selebriti tanah air yang akan memberi bantuan nasihat yang berguna bagi mereka mengharungi cabaran yang akan ditempuhi dalam pertandingan menari ini. Pasangan yang paling rendah markahnya di setiap hujung minggu akan disingkirkan.
LANGKAH MARI MENARI
Dalam segment ini mereka akan memaparkan aksi-aksi di sebalik takbir sesi latihan para peserta Mari Menari selain memaparkan perkara-perkara yang berlaku pada malam pertandingan berlangsung. Bermula 22 Oktober 2010 setiap Jumaat jam 9.00 malam.
MARI MENARI
Segment ini memaparkan aksi-aksi para peserta bersaing di lantai tari Mari Menari dan mendapatkan markah dan kritikan daripada para juri. Bermula 23 Oktober 2010 setiap Sabtu jam 9.00 malam.
PENENTUAN MARI MENARI
Merupakan malam penentuan dan penyingkiran bagi peserta yang memperoleh markah dan undian terendah. Bermula 24 Oktober 2010 setiap Ahad jam 9.00 malam.so jangan lupa untuk undi pasangan yang tinggal ok .

rancangan ini di tayangkan pada Astro Ria

0 Comments

Post a Comment