Friday 25 April 2014

Gambar perubahan Juliza Adzlizan yang kini berhijab

Penyanyi Juliza Adzlizan memberitahu keputusannya untuk tampil sopan dengan imej bertudung bukan kerana melalui kejadian-kejadian aneh seperti segelintir individu atau sengaja mahu mengikut trend terkini.


Penghijraan tersebut dilakukan selepas dia merasakan sudah bersedia menjadi seorang muslimah yang mengamalkan tanggung jawab dengan sempurna

Saya sudah lama berniat untuk bertudung tetapi banyak sahaja kekangan terutamanya daripada segi pemakaian. Banyak koleksi pakaian saya yang kurang sesuai untuk dipakai dengan tudung.

Jadi saya terpaksa ambil masa beli pakaian yang sesuai sikit-sikit dan tudung, lagipun saya jarang keluar rumah, sepanjang masa saya duduk rumah sahaja buat kek, katanya.

Tambah Juliza, dia mula merancang untuk bertudung sejak beberapa bulan lalu, terutama sekali ketika menghadiri majlis-majlis keagamaan. Bagaimanapun, baharu semalam (Selasa) dia mengakui benar-benar yakin untuk muncul dengan imej tersebut.

Saya mahu bila saya berubah dalam keadaan yang saya sendiri sudah kuat keyakinan dan bersedia untuk mengamalkan ajaran Islam dengan baik.Baju-baju lama saya semua sudah saya beri pada orang. Lagi pula saiz baju sekarang sudah tidak muat lagi untuk saya pakai.

Sejak duduk di rumah badan saya semakin membesar, jadi saya lebih selesa sarung baju yang senang dipakai seperti baju T, baju kurung dan jubah untuk kemana-mana , katanya yang mengakui tidak pernah memikirkan trend tudung yang ingin digayakan. -ohartis.com




0 Comments

Post a Comment