Wednesday 16 April 2014

Borang permohonan online skim MYHOME

Borang permohonan online skim MYHOME Perumahan mampu milik swasta | Skim MyHome adalah insentif kepada pemaju perumahan untuk mendorong mereka membina lebih banyak rumah kos sederhana rendah.

Cara pembayaran Skim MyHome.

  • Bayaran insentif RM30000 daripada harga rumah akan dibayar kepada pemaju secara upfront melalui skim MyHome ini dan baki harga rumah akan dibiayai sendiri oleh pembeli.
  • Pembayaran RM30000 ini adalah termasuk bayaran deposit sebanyak 10% kepada pembeli apabila surat perjanjian jual beli ditanda tangani.

Syarat-syarat kelayakan

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 18 tahun ke atas.
  • Pembeli rumah pertama.
  • Permohonan satu (1) unit rumah kepada setiap isi rumah.
  • Pendapatan isi rumah:
        MyHome 1 : RM3000 – RM4000
        MyHome 2 : RM4001 – RM6000

Ciri-ciri rumah mampu milik di bawah Skim MyHome

  • Rumah-rumah yang dibina di bawah Skim MyHome dilengkapi dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air. 
  • Projek di bawah Skim MyHome perlu disediakan dengan kemudahan-kemudahan asas seperti tempat letak kenderaan, dewan, surau dan taman permainan.

Moratorium yang perlu dipatuhi oleh pembeli rumah yang layak

  • Tempoh moratorium dikenakan selama 10 tahun. 
  • Syarat moratorium dimasukkan dalam surat tawaran kepada pembeli, Surat Perjanjian Jual Beli dan dokumen hakmilik tanah (di bawah sekatan kepentingan). 
  • Tempoh moratorium dikira bermula selepas Surat Perjanjian Jual Beli ditandatangani.
  • Pindah milik/jualan kepada ahli keluarga terdekat seperti suami/isteri/anak dibenarkan.

Cara memohon

Permohonan dibuka kepada orang ramai yang menepati syarat-syarat yang ditetapkan melalui cara-cara berikut :

  • Permohonan atas talian di http://ehome.kpkt.gov.my/
  • Muat turun borang (download) di laman web Jabatan Perumahan Negara (JPN), KPKT iaitu http://ehome.kpkt.gov.my/
  • Mengambil borang di Bahagian Perumahan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.
  • Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan kepada JPN di alamat yang berikut: 
Timbalan Ketua Pengarah(Pembangunan)
Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Kesejahteraan Bandar,
Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Aras 34, No. 51,
Persiaran Perdana Presint 4,
62100 Putrajaya
Telefon: 03-8000 8000 Faks : 03-8891 4227
Anda boleh gunakan pautan dibawah untuk lakukan secara talian.

Pendaftaran secara online Skim MyHome
Download borang permohonan Skim MyHome
Laman web myhome.kpkt.gov.my


Tags: Myhome, perumahan myhome, skim perumahan mampu milik 2014, skim perumahan myhome, skim perumahan rumah kos rendah, skim perumahan myhome swasta, skim myhome perumahan. Download borang myhome, download borang perumahan myhome

0 Comments

Post a Comment