Wednesday 16 April 2014

6 Kesilapan Penjagaan Kulit

1. Guna produk secara berlebihan dan serentak

Dalam rutin harian penjagaan kulit, anda sebenarnya memerlukan tiga ke empat jenis produk sahaja. Produk penjagaan kulit yang paling penting adalah pembersih, toner dan krim tabir suria dan beberapa produk lain yang berorientasikan rawatan seperti pelembap, rawatan anti jerawat dan penuaan. Namun harus diingat, produk-produk ini perlu dipakai mengikut aturan dan tidak perlulah memakainya semua sekali. Misalnya jika anda memakai produk anti jerawat, tidak perlulah lapisi pula dengan krim malam pula. Begitu juga dengan pemilihan rangkaian produk, pilih yang sesuai dengan masalah kulit anda dan fokus pada satu rangkaian sahaja. Selain membuang masa dan wang, pemakaian produk yang bertindih ini mungkin akan menyebabkan kerengsaan kulit.

2. Tidak mendapat tidur dan air yang cukup

Kunci untuk mendapat kulit yang bersinar dan berseri ialah penghidratan. Jadi anda tidak boleh bergantung kepada krim dan penjagaan luar semata-mata sebaliknya minum air yag cukup setiap hari. Kandungan air yang tidak cukup dalam badan akan menyebabkan kulit kelihatan “haus” , kering dan tidak bermaya. Tidur yang cukup ( durasi cadangan ialah 7-8 jam) penting untuk memastikan darah sampai ke kulit dengan baik dan juga memastikan anda nampak segar ( yang juga penting dalam penampilan). Tidur yang kurang juga akan mengakibatkan mata sembap dan lingkaran gelap bawah mata terbentuk.

3. Guna produk yang guna terlalu banyak bahan atau multi fungsi

Wanita selalu inginkan yang terbaik dan produk kecantikan mereka adalah tidak terkecuali. Jadi mereka cenderung memilih produk yang multi-fungsi. Misalnya, krim anti penuaan yang turut “menjanjikan” kesan pencerahan. Harus diingat, produk 2 dalam 1 seperti ini mungkin mengandungi bahan yang pelbagai jenis. Jadi sebelum membeli sebarang produk, semak label kandungan bahan dahulu. Hanya tiga bahan utama dalam satu produk akan bertindak dengan baik, adalah lebih baik memilih produk yang fokus kepada beberapa jenis bahan dan mensasarkan kesan yang khusus.

4. Disiplin dan etika


Ramai individu yang hanya “rajin’ membeli produk namun “tidak rajin” pula memakainya secara teratur. Itu kesilapan pertama. Kesilapan lain, kombinasi produk yang dipakai. Misalnya, jika menggunakan produk mengandungi retinol atau rawatan jerawat, anda harus memakainya sebelum anda memakai krim asas.

Selain itu, adalah lebih selamat jika anda bertanya pada doktor atau pakar tentang kesesuaian kombinasi tersebut. Anda juga harus peka tentang kesesuai produk yang boleh dipakai waktu siang atau malam. Krim yang mengandungi SPF tidak sesuai dipakai pada waktu malam dan sebaliknya.

5. Tidak menanggalkan mekap ketika bersenam


Tanggalkan mekap ketika mahu bersenam. Pori-pori yang tersumbat selepas berpluh nnti akan membawa kesan buruk kepada kulit, misalnya, terbentuknya jerawat. Alat mekap dengan formula mineral yang menjanjikan tidak menyumbat pori juga sebenarnya masih tidak meyakinkan.

Jadi jka anda bersenam di gim dan menjadi kebiasaan anda bersenam selepas waktu kerja, makan sentiasa sediakan penanggal mekap jenis wipe supaya anda lebih mudah untuk menanggalkan mekap sebelum bersenam. Jika anda rasa tidak yakin dan rasa masih perlu bersolek, pelembap tinted (berwarna seperti bedak) bebas minyak mungkin boleh dipertimbangkan.

6. Tidak memakai krim tabir suria

Ramai yang memandang ringan akan penggunaan krim tabir suria, namun tahukah anda kebanyakan masalah kulit adalah diakibatkan daripada sinaran UVA dan UVB. Krim ini bukan sahaja melindungi kulit anda daripada risiko kanser dan menyebabkan kulit menjadi gelap dan tidak bermaya, malah ia juga akan melambatkan proses penuaan kulit. Di negara panas seperti kita, krim tabir suria dengan perlindungan SPF 50 ke atas adalah yang terbaik. - Sumber

0 Comments

Post a Comment