Sunday 4 December 2011

Hargailah bila kita masih disayangi

hidup single, ya...., memang seronok. kita bebas, keluar sana sini, lepak dengan kawan-kawan, gelak sama-sama, karoke , jalan-jalan merata tanpa ada orang ganggu kita. semua itu memang sangat menyeronok kan..

tetapi, adakah keseronokan itu akan berkekalan sampai kita tua nanti? jika kita berseronok perlu ada batasnya.. dalam berseronok pun perlu ada batas dia.

adab pergaulan pun mesti kena ada. bukan bermakna kita kawan baik dengan dia, membolehkan kita bersentuhan antara lelaki dengan perempuan sesuka hati. memang dia kawan baik kita, tetapi dalam agama ada tulis ke bersentuhan dengan kawan baik yang bukan muhrim hukumnya harus or sunat? tak ada kan?

Haram tetap haram kan? mungkin sesetengah itu cakap "poyo lah" or apa-apa sahaja. hukum tetap hukum. kita jangan persoalkan hukum. jika kita tetap tidak bersetuju itu dikira kita melanggar apa yang Allah S.W.T tetapkan..

bagi sesetengah pula mungkin berkata, dia tidak kisah dengan apa yang kita lakukan, dia terima apa yang kita ada, dan dia tidak cakap apa-apa dengan apa yang kita lakukan. adakah kawan baik itu dianggap baik jika dia sendiri tidak ambil berat dan kisah kita tentang apa yang kita lakukan walaupun pekara yang kita lakukan itu salah?

sahabat karib ke macam tu jika kita bersosial, tetapi dia tidak kisah malah dia suka. seperti mengambil kesempatan kelihatanya itu. seorang sahabat tidak akan melihat sahabat baiknya terpesong dan melakukan dosa. tetap akan ada batasnya antara lelaki dan perempuan.

mugkin ada yang kata, dia sayang kita, dia tak halang apa yang kita buat.. bagaimana jika kita menjadi miliknya dan dia mengongkong kita serta melarang kita buat segala-gala yang sebelum ini dia tidak ambil peduli?

hargailah bila diri disayangi, beringat sebelum terkena. jangan bila dah terlambat baru nak menyesal. jadikan kisah silam itu sebagai memori kita dan cuba untuk buka buku baru. berilah peluang kepada mereka yang berhak kerana memberi lebih baik dari menerima. ^^
kecantikkan tidak selamanya akan kekal, sahabat bukan selalunya begelak ketawa dengan kita, dan jarang ada saat kita susah.

renung-renungkanlah wahai sahabat. semua orang begitu sebelum memiliki kita. habis madu sepah dibuang (sory tak ada kena mengena)...

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 3.0 Unported License. kalau dah baca tu, ringan-ringankanlah tangan anda untuk like page ADAM ok..
Make Your Own Gifts Here

2 Comments:

  1. huhu...adam mmg patut buat bnyk2 entry camni..skrg ni ramai dah xkisah ngan batas2 pgaulan..btpuk tmpa ssuke hati..*sigh..=.='

    ReplyDelete