Sunday 4 December 2011

Elak bahasa melayu terbangsat

KUALA LUMPUR - Orang Melayu perlu memastikan negara ini tidak jatuh ke tangan parti-parti pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) kerana jika ia
berlaku maka bermulalah zaman keruntuhan Melayu dan lebih buruk lagi Islam akan dihina manakala Melayu menjadi bangsa bangsat yang merempat di tanah air sendiri.

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, masa depan yang hitam dan menakutkan itu hanya akan dapat dielakkan jika ahli-ahli UMNO dan orang Melayu mendakap perjuangan parti itu serta menggempur habis-habisan pembangkang menjelang pilihan raya umum itu bagi memastikan kemenangan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Dalam ucapan penangguhan pada akhir Perhimpunan Agung UMNO 2011 selama lima hari di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini petang semalam, Najib yang juga Perdana Menteri meminta orang Melayu yang berhadapan dengan gelora politik yang mencemaskan sejak pilihan raya umum 2008 supaya segera insaf tentang nasib buruk yang bakal menimpa mereka.

"Kalau kita leka, kalau kita alpa, kalau kita lalai, kalau kita masih bersengketa, kehinaan akan tiba di muka pintu. Tunggulah kehancuran, akan terbangsatlah Melayu, merempat di tanah sendiri," katanya.-kosmo

selanjutnya pada akhbar kosmo hari ini..
Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 3.0 Unported License. kalau dah baca tu, ringan-ringankanlah tangan anda untuk like page ADAM ok..
Make Your Own Gifts Here

0 Comments

Post a Comment