Wednesday 19 October 2011

Australia perkenal hoki inovatif


PERTH – Australia akan memperkenalkan satu pertandingan inovatif, hoki sembilan sebelah antarabangsa dengan pintu gol yang lebih besar dan masa perlawanan yang pendek, yang mana Malaysia turut dijemput untuk mengambil bahagian dalam saingan wanita.


Perubahan peraturan secara radikal turut dilakukan dalam permainan baru ini dan ia akan diperkenalkan menerusi kejohanan Siri Super Antarabangsa, yang memulakan kempen menerusi pusingan pertama di Perth, esok. 


Australia, India, Pakistan dan New Zealand akan mengambil bahagian dalam saingan lelaki pada kejohanan empat hari itu, manakala Malaysia menyertai tuan rumah dan India dalam saingan wanita. 


Pasukan dikurangkan dari 11 kepada sembilan pemain, manakala di bangku simpanan ia dikecilkan dari 18 kepada 16. Pintu gol pula diluaskan kepada satu meter atau 50 peratus, tetapi ketinggiannya tetap sama.


Tempoh perlawanan dipendekkan dari 35 minit kepada hanya 15 minit pada setiap separuh masa untuk membolehkan permainan berlangsung dengan tempo yang laju, sekali gus menjadikan saingan lebih menarik dan menghiburkan penonton.



Pukulan sudut penalti turut dipermudahkan, manakala penalti digantikan kepada ‘face-off’ iaitu konfrontasi antara pemain dan penjaga gol.


Perubahan peraturan ini mengambil modul revolusi yang pernah dilakukan dalam sukan kriket kira-kira 30 tahun dulu selepas proses pembangunan terhad mendorong mereka memperkenalkan kriket Twenty20.


Jurulatih hoki padang Australia, Ric Charlesworth berkata, dia gembira dengan inisiatif negara itu memperkenalkan beberapa peraturan baru dalam usaha mempopularkan lagi sukan berkenaan dan berharap ia akan menjadi sebahagian kejohanan antarabangsa.

sumber : utusan
Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 3.0 Unported License. kalau dah baca tu, ringan-ringankanlah tangan anda untuk like page ADAM ok..
Make Your Own Gifts Here

0 Comments

Post a Comment